Biro Latihan – Shah Alam

Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai wakil rakyat Kuatan, YB Fuziah Saleh selaku Pengarah Biro Latihan sempat meluangkan masa untuk bersama pada hari terakhir.
Harapan beliau agar program tersebut dapat di manafaatkan dengan sepenuhnya oleh peserta demi pemantapan dari segala setiap sudut gerakkerja dan lebih mematangkan corak pemikiran ke arah yang lebih positif.

Tujuan program ini adalah berkongsi pengalaman dan pendapat serta pandangan supaya ini dapat memberi input yang lebih berkesan.
Program ini memfocuskan pertanggungjawaban memperkasakan jentera dengan ilmu sejajar dengan perlembagaan parti,ketelusan,hala tuju yang berlandaskan prinsip demokrasi.
Peserta juga diberi tugasan turun padang mendapatkan tinjauan daripada mahasiswa / siswi dan profesional tentang Kualiti Pendidikan di Malaysia.2 sessi dimuatkan untuk memberi ruang kepada yang terpilih supaya dapat bersama-sama memberi hujah-hujah mereka. Pelbagai pandangan serta idea-idea bernas disuarakan tetapi sessi terhad untuk berhujah dengan lebih panjang lebar.
Antara peserta yang hadir pada hari tersebut PY Wong, Ng Chah Ngoon,Peter Sinnah (Kelana Jaya), Mohd. Kamel dan Muhd. Saedi (Negeri Sembilan), Habib Ahmad dan Zaleha (AMK Kedah), Kung Chin Chin dan Zulhaidah S.(Sarawak)



June 21, 2009
|
Posted by Zulhaidah
Categories:
Tags:


