Articles from February 2010



Rumah Terbuka PR

Seramai kira-kira 400 tetamu org yang hadir daripada sekitar Baram,Lambir,Bekenu dan Niah ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat anjuran PR Bahagian Miri. Majlis diadakan di perkarangan kediaman Dr. Michael Teo, Ketua KEADILAN Cabang Miri.

Ini merupakan Majlis ke-2 anjuran PR di Bahagian Miri setelah Majlis Makan Malam pada 9.01.2010.

Walaupun sempena menyambut Tahun Baru Cina,pada majlis tersebut PR juga menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal kepada yang beragama Islam dan bumiputra lain tanpa mengira agama dan bangsa. Anak-anak kecil tidak ketinggalan diberi ‘ang pau’ untuk sama-sama meraikan majlis tersebut.

Selain daripada pimpinan PKR,PAS,DAP dan SNAP Bahagian Miri, juga turut serta pada majlis adalah YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah, Ketua Penerangan PAS Pusat.

[ad#nuffnang]

Perasmian Pusat Khidmat PAS

Tahniah dan syabas kepada PAS yang telah melancarkan Pusat Khidmat atau Ibu pejabat di Kawasan Miri pada 27.02.2010. Pada hari yang sama juga PAS telah melancarkan Blog PAS Kawasan Miri dimana ianya akan memuatkan segala aktiviti serta penerangan politik PAS kepada masyarakat tempatan, khasnya di Negeri Sarawak.

Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B Drs. Khalil Idham Lim Abdullah, Ketua Penerangan PAS. Antara yang hadir pada hari tersebut juga Dr. Michael Teo, Ketua KEADILAN Cabang Miri, sdr. Fong Pau Teck, Ketua DAP, Miri, En. Edwin Dundang, President SNAP, Pn. Zulhaidah, Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sarawak.

Sekali lagi tahniah dan syabas PAS Kawasan Miri.

Kerja Sepakat PR


Kerja sepakat Pakatan Rakyat Miri sebelum mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 27.02.2010 di perkarangan kediaman Ketua Cabang Miri.

sarawakupdate

Anwar: Ekonomi Malaysia Menuju Kehancuran

Tindakan Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan Malaysia, kononnya sudah keluar dari kemelesetan ekonomi kerana mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, pertumbuhan itu semata-mata bersandarkan kepada pakej rangsangan ekonomi yang disuntik tahun lalu dan justeru itu, tidak dapat dipertahankan mahupun dilakukan secara berterusan.

“Saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

“Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba,” kata Mantan Tmbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Rabu lalu, Najib mengumumkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkannya sebagai pencapaian di luar jangkaan.

Namun ada dua aspek yang sengaja tidak diumumkan oleh Najib. Pertama – Indeks harga pengguna yang mencerminkan kadar inflasi negara terus naik untuk Januari.

Najib juga menunda pengumuman mengenai kenaikan kadar tarif elektrik yang dibincangkan oleh Kabinet minggu lalu, kerana tidak mahu “berita buruk” itu menenggelami kenyataan beliau, kononnya Malaysia sudah keluar daripada kemelesetan ekonomi.

Anwar berkata, hakikat ialah Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

“Apa yang tidak diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ialah di sebalik anggaran pertumbuhan lima peratus itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia akan tetap ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam pada 2010 kelak,” katanya.

“Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi 2010, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka mengalami kadar paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi.

“Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih, Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia,” katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

“Kalau sebelumnya antara 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2 peratus, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1 peratus secara purata sejak 11 tahun lepas.

tvselangor

Najib umumkan projek bernilai RM3.4billion

Perdana Menteri Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan kehadiran beliau ke Sarawak bukan sekadar untuk makan angin tetapi menunaikan janji serta komitmen kerajaan.

Bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar di Lachau dekat Sri Aman hari ini Najib mengumumkan peruntukan RM3.4 billion untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar,bekalan air, pembinaan jalan serta untuk membina dan membaikpulih perumahan rakyat akan dilaksanakan sebelum 2012.

yakin pengundi bijak menggunakan budi-bicara dan lebih memberi tumpuan kepada isu tempatan.

Dalam sidang media yang sama Datuk Seri Najib yakin Barisan Nasional (BN) akan mememangi pilihan raya negeri Sarawak.

“Selagi BN memenuhi kehendak and aspirasi rakyat, maka pengundi akan terus memilih BN”, kata Perdana Menteri.

(more…)

S'wak civil servants to be paid RM1 for each new voter

The Election Commission (EC) has begun engaging staff from relevant government agencies to facilitate a statewide voter registration exercise, targeting 470,000 eligible voters aged 21.

Its state director, Takun Sunggah, said government officers, including those from the Special Affairs Department, Community Development Department and the police, would be paid RM1 for each application form, as incentive to get more people to register as voters.

“At present, Sarawak, which has about 924,000 registered voters, ranks fourth nationwide, among states with the highest number of unregistered voters,” he told Bernama in Kuching today.

As part of the exercise, he said, the EC also aimed at increasing the number of registered voters in the civil service by seeking cooperation from federal departments and agencies in the state to identify their personnel, who were eligible voters.

Takun added that so far, the EC had registered 309 new voters, following feedback from 73 of the 122 government agencies. — Bernama

Without extra money they will not volunteer to work.

Such is the pathetic state of affairs of our civil service.

The Dayak base NGO’s have much superior machinery to mobilise this voter registration exercise. Not too long ago, in their on going effort to assist EC to identify and register eligible voters, they had requested Voter Registration forms but was however given the run around and denied the forms.

Is there any other motive?

Nicholas Mujah, Secretary General of Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) rang up the State Election Office asking for Registration Forms to register voters. He spoke to a senior officer and told him that he wanted some forms. For the past three months the Election Office has exhausted all its forms, and was still waiting for more to come from Kuala Lumpur.

The registration of voters is now on.

When Mujah made an enquiry, the officer asked Mujah which party he belonged to, who he was and what race was he. The questions placed Mujah in an awkward position. Mujah had to lie and said that he was from Keadilan. And he told Mujah he could not give unless he registered his name with the Commission. Mujah told him that his name should be in the list.

Then he was surprised to know that Mujah has been authorized by the Commission to register voters State-wide and is being paid one ringgit per voter. At that instant, he told Mujah to come and collect the forms.

Continue reading atThe Broken Shield

Since March, 2008, opposition Political Parties have been actively identifying and registering eligible voters as opposed to Sarawak BN Component Parties.

As a reward for our initiative, EC should let us submit a claim base on RM1.00 for each new voter submitted and registered through our efforts.

Failing which this is another abuse of tax payers money and abuse of government machinery by Barisan Nasional.