Posts belonging to Category Media and Publicity



Bilionair Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud harus disiasat dgn KEHILANGAN $RM1.825 Billion ?

KUCHING: Bilionair Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud kembali mendapat tumpuan dan kali ini berhubung RM1.825 bilion yang diperuntukan kepada “orang-orang yang tidak dikenali” pada 2009.

Dalam satu pendedahan mengejutkan, para penyiasat mendakwa jumlah itu lebih dari separuh dari Belanjawan Pembangunan Negeri.Sarawak Report, yang mendedahkan angka itu, yang boleh diperolehi dalam laporan DAP berkata, Taib gagal mencatat RM4.8 bilion ke dalam akaun perbelanjaan kerajaan dalam tempuh tiga tahun lalu sahaja (termasuk 2009).

Berikut ialah sedutan dari artikel yang dimuat ke dalam portal:
DAP, yang baru-baru ini memenangi pilihan raya kecil parlimen Sibu dengan menewaskan Barisan Nasional, mendedahkan Belanjawan Alternatif 2010 yang disembunyikan, di mana mereka mendesak supaya disemak semula mengikut kaedah perakaunan yang betul. Ini supaya rakyat benar-benar tahu bagaimana wang mereka dibelanjakan.

Ini adalah hak mereka dan demikian juga di bawah undang-undang Malaysia, sejajar dengan kehendak negara-negara di dunia yang bertamadun.

Angka DAP itu menunjukkan Taib, bukan sahaja memperuntukan 80% dari keseluruhan belanjawan pembangunan negeri kepada tiga kementerian yang bertanggngjawab terus kepada beliau tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah, kebanyakan wang itu telah dibelanjakan ke atas “projek-projek rahsia” tanpa sebarang maklumat mengenainya.

Dalam keadaan sebegini, rakyat Sarawak menganggap wang itu telah dicuri.

Taib berfikir beliau dapat melepaskan diri dengan tidak memberitahu rakyat di mana beliau membelanjakan wang itu. Tetapi apa yang pasti ialah projek-projek rahsia ini tidak ada satu pun yang memberi manfaat kepada rakyat miskin di mana tanah mereka telah diambil untuk tujuan penanaman kelapa sawit yang kini dimiliki oleh beliau dan konco-konconya.

Jadi apa yang sedang berlaku dan bagaimana ke semua wang ini hilang? Dokumen belanjawan DAP menyediakan analisa secara terperinci.

Pertama, ia menggariskan tahap penguasaan seorang individu bahawa Taib bertanggungjawab terhadap perbelanjaan Sarawak.

Beliau secara peribadi menguruskan ketiga-tiga jabatan utama yang berbelanja besar di negeri itu. Ini bermakna setiap perbelanjaan mesti melaluinya dan tidak ada menteri lain boleh berbuat apa-apa tanpa mendapat kebenarannya.

Ketiga-tiga kementerian itu khususnya (Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber dan Perancangan dan Kementerian Ketua Menteri) menguasai 80% dari Belanjawan Pembangunan.

Kementerian-kementerian ini membelanjakan tiga perempat dari jumlah belanjawan itu walaupun kebanyakan projek sepatutnya dikendalikan di bawah jabatan-jabatan yang berlainan.

Kedua, dokumen-dokumen ini menerangkan sistem perahsian yang dibentuk untuk menyalurkan lebih dari separuh dari jumlah wang ini.

Di mana wang tersebut?
Dalam tempuh beberapa tahun lalu, Taib membentuk satu kategori yang menjadi misteri bernama “Sumbangan Kerajaan Ke Arah Agensi Dana Amanah Yang Diluluskan” di mana wang itu disalurkan.

Tidak ada spesifikasi siapa “Agensi-Agensi Yang Diluluskan” atau kepada Dana Amanah yang mana satu wang telah disalurkan dan kerajaan berkali-kali enggan menyediakan maklumat tentang perkara ini apabila diminta.

Boleh jadi wang ini disalurkan kepada emak saudara, kakak, sepupu, anak-anak atau perempuan simpanan….. bagaimana seseorang itu boleh tahu dan apa hak beliau menyimpan rahsia ini?

Maka dalam tahun 2009 sebanyak RM1.825 bilion (59.3% dari keseluruhan belanjawan negeri yang berjumlah RM2.430 bilion) tidak tercatat dalam akaun Belanjawan Pembangunan mengikut perkiraan DAP.

Dalam 2008, ia berjumlah RM1.719 bilion (60% dari jumlah RM2.865 bilion) dan pada 2007, ianya sebanyak RM1.257 bilion (54.8% dari jumlah RM2.294 bilion).

Ada benarnya DAP menimbulkan persoalan ini, mengenai apa gunanya mengaudit 40% dari belanjawan itu jika bakinya sebanyak 60% dirahsiakan? Free Malaysia Today?

PKR Handouts To Fire Victims

The fire victims of Kpg Sealine have been given a special treat of something to sweeten their hearts when they received from the hands of Zulhaidah hot bean porridge at the Red Crescent Centre here recently.

The delicious sweet porridge made from red bean are prepared by the PKR Youth Secretary in a small gesture to help the fire victims who lost their homes and personal belongings during the Sunday blaze last week.

The handouts which are sufficient to treat some 50 people were handed over to Puan Jenny of the Miri Red Crescent Centre under the witness of social worker Chong Kon Fatt and fire victims representatives.

In an appeal in aid of the fire victims, Zulhaidah has asked for the generosity of the public to channel more donations in kinds of money or foods. “Lets pool in more funds to ease the hardship of the victims,” she says.

Sarawak PKR slams media gag as act of ‘guilty man’

KUCHING: Sarawak PKR chairman Baru Bian has described the latest directive from the Chief Minister Taib Mahmud’s office to local newspapers not to cover opposition-organised press conferences or publish its statements as a reaction of ‘a guilty man.’

“To-date the chief minister has not denied the reports regarding properties worth billions of ringgit allegedly owned by him and his family.

“So why is he so paranoid?” Bian asked, pointing out that “that’s the reaction of a guilty man”.

“In the ICT age, there are alternatives for news so his directive makes him sound more like a fool.

“Nevertheless, truth is like a ball, when pressed under water, you can’t hold it down too long. Eventually it will pop up elsewhere,” added Bian.

Bian was asked to comment on the directive issued by the CM’s office to all print media organisation in the state.

The directive was conveyed on July 1 to owners and editors of newspapers through the state information department.

The directive came in the wake of a number of reports lodged with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) urging it to investigate Taib’s properties.

Free Malaysia Today

Sarawak dailies gagged

Owners and editors of newspapers in the state have been told to refrain from publishing reports regarding properties worth billions of ringgit allegedly owned by Chief Minister Abdul Taib Mahmud and his family.

The directive from the CM’s department came in the wake of a number of reports lodged with the Malaysian Anti-Corruption Agency, urging it to investigate Taib’s properties.

The directive was conveyed late this week to the owners and editors through the state department of information.

The directive also told the editors not to send reporters to cover any press conferences by PKR in the state, apparently in retaliation against the party’s youth wing for lodging a report with the MACC over Taib’s wealth.

Contacted today, several editors declined to comment on the directive.

However group editor of The Borneo Post and Utusan Borneo Jimmy Adit said that he heard about the directive from his colleagues, but denied receiving it personally.

“How can they stop us publishing a PKR statement if it is a good statement, not liable or inflammatory?

(more…)

Isu salahgunakuasa Taib Mahmud ini didedahkan dilaman sarawakreport.org

Laporan Rasuah Terhadap Taib Mahmud Ditarik Balik-3 individu yang menggelarkan diri mereka ‘Rakyat Sarawak Anti Rasuah’ pergi ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor di Shah Alam. Mereka mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud melakukan salah guna kuasa dan memiliki harta kemewahan di luar negara yang dianggarkan melebihi ratusan juta.

Isu salahgunakuasa Taib Mahmud ini didedahkan di laman sesawang sarawakreport.org yang menyenaraikan aset kemewahan yang tidak sesuai dengan pendapatannya sebagai Ketua Menteri.

Tiga pengadu itu ,Ahmad Nazib Johari , James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa, selepas hampir tiga jam membuat laporan di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

“Dalam laporan itu, terdapat tuduhan terhadap Ketua Menteri Sarawak, jadi kami ingin SPRM menjalankan siasatan berhubung empayar yang dimiliki oleh Taib Mahmud dan keluarganya di Kanada” ujar James.

“Selepas membuat laporan kami meminta salinan berkenaan, namun SPRM menolak untuk memberikan salinan laporan itu, jadi kami mengambil keputusan untuk menarik balik” tambahnya lagi.

Menurut peguam mereka, Ahmad Nazib Johari, mereka menuntut agar salinan laporan diberikan namum SPRM gagal menunjukkan mana-mana peruntukan yang menyatakan perkara tersebut.

“Dan dia menyatakan bahawa dia, tiada provision, tiada peruntukan dalam mana-mana undang-undang untuk semua aduan di mana salinan diberikan kepada pengadu,tetapi dia tidak berjaya menunjukkan kepada kita ada peruntukan, ada asas untuk yang dia tidak boleh serahkan laporan kita, jadi dia kata itu prosedur kita” ujar Nazib, mengulangi apa yang dikatakan oleh pegawai SPRM bertugas.

“Kita tak sama dengan polis, kalau kamu buat laporan di Balai Polis, kamu boleh bagi salinan aduan, tetapi kalau di SPRM, kami tidak boleh bagi” sambungnya lagi.

Ditanya tentang kesahihan maklumat yang menjadi asas laporan mereka, Ahmad Nazib menuntut agar perkara yang dilaporkan dalam sarawakreport.org itu disiasat bagi membuktikan kebenarannya.

“Perkara ini adalah berita,surat khabar dan apabila ada khabar berita dan kita dengar, dan itu dalam proses untuk melihat kebenarannya kita kena buat aduan ataupun laporan,dan untuk memastikan laporan itu tadi benar ataupun tidak,hendaklah di jalankan siasatan, jadi pihak yang dipertanggungjawabkan membuat siasatan apa-apa kaitan dengan rasuah jenayah,ialah pihak-pihak yang mempunyai kuasa,SPRM , polis , pelaksanaan” tambah beliau lagi.

TANGKAP TAIB MAHMUD !!!

Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.

Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.


nota:

ini lah dasar procukong yang telah memusnahkan
warga serawak dan sabah. habis hutan jadi gondol. habis
hutan jadi padang pasir. habis sungai kering.habis air kotor

taib mahmud memiliki harga berbilion ringgit di seluruh dunia
taib mahmud atas nama melayu islam dan bumiputera
merompak tanah orang asal.

polis menjadi ganster berlesen untuk mereka
mengganas dan membunuh

inilah hakikat yang berlaku dlam negara kita ini.
dalam penjara warga di bunuh
dijalan raya warga diubuh
dalam sawah warga dibunuh
dalam hutan simpan warga dibunuh
segala tanah milik kita bersama menjadi
harta nenek moyang mereka
harta cokong berselirat di singapura australia eropah
harta mat taib berselirat di canada
warga penan nak makan nasi dua kali seharu pun miss

masa telah sampai untuk kita semua buangkan semua penjenayah
ini dari tampok kuasa. kemudian kita hadapan mereka ke hadapan
mahkamah rakyat. biar rakyat yang menentukan masa depan
mereka. harta mereka dirampas kembali dan dipulangkan kepada
baitul mal.

rumah dan istana mereka kita jadikan bali seni atau galeri
untuk artis buat pamiran sepanjang tahun – kalau tidak jadikan
istana mereka kilang buat tuak untuk sambutan gawai lagi best kah kah kah

nota:

TANGKAP  TAIB  MAHMUD !

ini slogan untuk pilihanraya SARAWAK

jamin slogan ini akan membawa kemenangan
kebencian warga SARAWAK

sama seperti kebencian warga
semenanjung terhadap mahafiraun kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub